Friday, March 27, 2009

Keputusan Pasukan Pulau Pinang di MSSM 2009

Pasukan 12tkb Ping Pong MSSPP telah menyerahkan keputusan yang cemerlang di Kejohanan Ping Pong MSSM di Sabah.

Pasukan perempuan 12tkb berjaya mendapat pingat emas untuk acara berpasukan dan pingat gangsa untuk acara perseorangan manakala pasukan lelaki 12tkb pula mendapat pingat perak dalam acara berpasukan.

Bagi pasukan lelaki dan perempuan 18tkb hanya layak ke pusingan kedua pada acara berpasukan sahaja.

Saturday, March 7, 2009

BERTOLAK KE SABAH

Akhirnya pasukan Ping Pong MSSPP akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi 14.03.2009 kemudian menaiki kapal terbang memulakan perjuangan di Sabah.
Bagi semua pegawai dan pemain yang terlibat, diminta menepati masa dan janganlah biar kawan lain menunggu.
Tempat untuk berhimpun akan diumumkan oleh Puan Leong Sook Luan, Pengerusi Teknik Ping Pong pada hari latihan terakhir.